Taubat
Taubat
Ada di dunia ini seorang yang berdosa tapi tidak merasa berdosa, ada seseorang yang tidak melakukan dosa tapi ia selalu memohon ampun kepada Allah (selalu melakukan tobat kepada allah) takut dengan tingkah lakunya melakukan maksiat kepada allah
Allah Ta'ala berfirman:
قال الله تعالى: وتوبوا إلى الله جميعاً أيها المؤمنون لعلكم تفلحون النور: ٣١
"Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu'min, supaya engkau semua memperoleh kebahagiaan." (an-Nur: 31)
التوبة واجبة من كل ذنب،
taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa.
فإن كانت المعصية بين العبد وبين الله تعالى لا تتعلق بحق آدمى، فلها ثلاثة شروط
Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta'ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menetapi tiga macam syarat, iaitu
:
أحدها : أن يقلع عن المعصية
Pertama hendaklah menghentikan sama sekali-seketika itu juga -dari kemaksiatan yang dilakukan,
والثانى: أن يندم على فعلها
kedua ialah supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi
والثالث: أن يعزم أن لا يعود إليها أبداً
dan ketiga supaya berniat tidak akan kembali mengulangi perbuatan maksiat itu untuk selama-lamanya.
فإن فُقد أحد الثلاثة لم تصح توبته
Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu ada yang ketinggalan maka tidak sahlah taubatnya.
وإن كانت المعصية تتعلق بآدمى فشروطها أربعة
Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya itu ada empat macam,
هذه الثلاثة، وأن يبرأ من حق صاحبها
iaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah supaya melepas-kan tanggungan itu dari hak kawannya.
فإن كانت مالاً أو نحوه رده إليه،
Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi,
وإن كانت حد قذف ونحوه مكنه منه أو طلب عفوه،
وإن كانت غيبة استحله منها.
jikalau berupa dakwaan atau yang semisal dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta pengampunan kepada orang tersebut
ويجب أن يتوب من جميع الذنوب
Seseorang itu wajiblah bertaubat dari segala macam dosa,
فإن تاب من بعضها صحت توبته عند أهل الحق من ذلك الذنب وبقى عليه الباقى.
tetapi jikalau seseorang itu bertaubat dari sebahagian dosanya, maka taubatnya itupun sah dari dosa yang dimaksudkan itu, demikian pendapat para alim-ulama yang termasuk golongan ahlul haq, namun saja dosa-dosa yang lain-lainnya masih tetap ada dan tertinggal - yakni belum lagi ditaubati.
وقد تظاهرت دلائل الكتاب، والسنة، وإجماع الأمة على وجوب التوبة
Sudah jelaslah dalil-dalil yang tercantum dalam Kitabullah, Sunnah Rasulullah s.a.w. serta ijma' seluruh ummat perihal wajibnya mengerjakan taubat itu.
Seandainya manusia itu mempunyai dosa setinggi langit atau sebesar bumi makan Allah akan tetap mengampuni dosanya seorang hamba yang memohon pengampun kepada Allah
Di dalam hadis di cerita kan
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman, 'Wahai anak-anak Adam, sepanjang engkau berdo 'a dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosa-dosa mu yang telah ada pada dirimu, dan Aku tidak akan peduli. Wahai anak-anak Adam, seandainya dosa-dosa mu mencapai tingginya awan di langit, kemudian engkau memohon ampunan kepada-Ku, maka aku akan mengampuni mu, dan aku tidak akan peduli. Wahai anak-anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu (pun), niscaya Aku akan mendatangimu dengan membawa ampunan sepenuh bumi'. " Shahih: Ash-Shahihah
Maka dari itu janganlah berputus asa atas rahmat Allah karena Allah itu maha pengasih dan maha penyayang kepada hambanya dan Allah membuka tangannya di waktu pagi dan malam untuk menerima segala kesalahan yang di lakukan seorang hamba di waktu pagi dan malam seperti yang di ceritakan dalam hadis di bawah ini
وعن أبي موسى عبد الله بن قيس الأشعرى رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الله تعالى يبسط يده بالليل ليتوب مسيء النهار، ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل حتى تطلع الشمس من مغربها رواه مسلم
Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membeberkan tanganNya - yakni kerahmatanNya -di waktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membeberkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat - yakni di saat hampir tibanya hari kiamat, kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seseorang." (Riwayat Muslim)
Setiap hamba yang berdosa jika ia memohon ampun kepada allah maka allah mengampuninya asalkan menepati sarat taubatnya dan allah membuka pintu taubat bagi seseorang hamba selagi nyawa melekat di badannya (selama rohnya belum sampai di kerongkongannya)
Seperti yang tertulis dalam hadis di bawah ini
وعن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر" رواه الترمذي وقال: حديث حسن
Dari Abu Abdur Rahman iaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hamba selama rohnya belum sampai di kerongkongannya - yakni ketika akan meninggal dunia."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
Post a Comment